Sunday, January 30, 2011

SUASANA BELAJAR DALAM KELAS









 Kanak-kanak belajar dalam suasana yang kondusif. Mereka gembira menyiapkan tugasan.

MENU HARI AHAD

Inilah menu hari Ahad. Ada nasi goreng, air oren dan buah. Seimbang dan berkhasiat. Selamat menjamu selera. Kalau nak rasa jemput datang ke Tabika Perpaduan Taman Nilam.

Saturday, January 29, 2011

SAMBUTAN HARIJADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

Sambutan Harijadi Kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Nilam yang lahir dari bulan September hingga bulan Disember. Mereka teruja melihat kek harijadi yang sungguh sedap. Ada gambar kartun kegemaran mereka.


Para waris sedang menjamu selera. Menu yang disediakan ialah kari ikan, kerabu tauge, ayam masak kicap, buah tembikai dan air oren.

Cikgu Rohaya begitu sibuk melayan para waris menjamu selera.



Kanak-kanak gembira menerima hadiah masing-masing daripada cikgu Rohaya.


SAMBUTAN HARI TABIKARAMA & GRADUASI










Friday, January 28, 2011

Latihan Tabikarama

Sukaneka Tahunan Tabika Perpaduan








Mesyuarat JPTP Taman Nilam










Tabika Perpaduan Taman Nilam telah menjalankan mesyuarat JPTP sekurang-kurangnya 6 kali dalam setahun. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh para waris amat menggalakkan.Terima kasih daun keladi.

Sejarah Tabika

Pengenalan

Tabika Perpaduan Taman Nilam  mula ditubuhkan pada tahun 2010. Bangunan tabika ini  merupakan sebuah dewan serbaguna yang digunakan oleh penduduk Taman Nilam untuk menjalankan aktiviti harian mereka terutamanya memasak moreh di bulan Ramadhan . Tetapi sejak tahun 2010, ia telah dijadikan Tabika Perpaduan. Pembukaan tabika  ini  bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka. Program pendidikan prasekolah yang disediakan adalah untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Pada tahun 2011, bilangan kanak-kanak yang belajar di Tabika Perpaduan adalah seramai 34 orang iaitu 24 orang kanak-kanak berumur 6 tahun dan selebihnya berumur 5 tahun.

Objektif


Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai.
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan  menerapkan pelbagai kaedah dan pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan persetujuan ibu bapa/penjaga.