Pengenalan
Tabika Perpaduan Taman Nilam mula ditubuhkan pada tahun 2010. Bangunan tabika ini merupakan sebuah dewan serbaguna yang digunakan oleh penduduk Taman Nilam untuk menjalankan aktiviti harian mereka terutamanya memasak moreh di bulan Ramadhan . Tetapi sejak tahun 2010, ia telah dijadikan Tabika Perpaduan. Pembukaan tabika ini bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka. Program pendidikan prasekolah yang disediakan adalah untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Pada tahun 2011, bilangan kanak-kanak yang belajar di Tabika Perpaduan adalah seramai 34 orang iaitu 24 orang kanak-kanak berumur 6 tahun dan selebihnya berumur 5 tahun.
Objektif
Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai.
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan menerapkan pelbagai kaedah dan pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan persetujuan ibu bapa/penjaga.
No comments:
Post a Comment