Saturday, January 29, 2011

SAMBUTAN HARIJADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

Sambutan Harijadi Kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Nilam yang lahir dari bulan September hingga bulan Disember. Mereka teruja melihat kek harijadi yang sungguh sedap. Ada gambar kartun kegemaran mereka.


Para waris sedang menjamu selera. Menu yang disediakan ialah kari ikan, kerabu tauge, ayam masak kicap, buah tembikai dan air oren.

Cikgu Rohaya begitu sibuk melayan para waris menjamu selera.



Kanak-kanak gembira menerima hadiah masing-masing daripada cikgu Rohaya.